Pelbagai aktiviti yang menarik telah ditambah dalam program yang dijalankan pada tahun ini. Antaranya ialah persembahan qasidah burdah yang dipersembahkan oleh Ibnu Sina yang hadir dari Bukit Mertajam Pulau Pinang. Yayasan Islam Pulau Pinang juga telah mengambil bahagian dengan membuka booth Silat Cekak dan beberapa booth yang lain.
Ceramah turut diadakan pada malam hari. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Akhil Hay (Jumaat), Ustaz Ismail Din (Sabtu) dan Ustaz Mujahid Rawa (Ahad).
Pengunjung yang berkunjung di Masjid Melayu Lebuh Acheh kebanyakannya merupakan pelancong yang berasal dari luar negara antaranya pelancong dari China dan tidak kurang juga pelancong dari Eropah. Ternyata Festival yang diadakan kali ini mendapat sambutan yang lebih meriah berbanding dengan festival sebelum ini yang tidak kurang hebatnya.