Conservation of the Acheen Street Mosque, Georgetown, Penang
Pada 1995, sebanyak RM 2.2 juta telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi kerja-kerja pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh. Projek pemuliharaan masjid ini telah mengambil masa selama 2 tahun yang bermula pada Jun 1995 dan berakhir pada Jun 1997. Projek ini telah diletakkan di bawah penyelarasan sebuah Jawatankuasa Pemandu Projek yang terdiri daripada pelbagai pihak.
Kerja-kerja pemuliharaan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dijalankan dalam 2 fasa. Fasa I melibatkan kerja-kerja penggantian bumbung masjid dan makam manakala Fasa II meliputi kerja-kerja pemuliharaan bangunan masjid termasuk siling, dinding, tiang, pintu, tingkap, bilik air, kolam wudhuk, menara dan mimbar.
Antara pelawat yang berkunjung ke Masjid Melayu Lebuh Acheh semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan termasuk:
| Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang | |
| Tan Sri Dato’ Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara | |
| Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan | |
| Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Badan Warisan Malaysia | |
| Dato’ Kee Phaik Cheen, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Hal Ehwal Wanita Pulau Pinang | |
| Haerve De Charatte, Menteri Luar Perancis | |
| Edouard Braine, Duta Perancis ke Malaysia | |
| Profesor Dr. Syamsuddin Mahmud, Gabenor Acheh, Sumatera, Indonesia | |
| Wayne Mathews, Menteri Kerja Raya Australia Selatan. |
