Penyerahan Watika Dari UNESCO

Tuesday, 3 July 2012

Georgetown Festival 2011 Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang

Pada 6, 7, 8, 9 Julai 2011 telah diadakan Georgetown Festival 2011 Badan Warisan Masjid Melayu di Masjid Melayu Lebuh Acheh. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Antaranya ialah expo jualan produk-produk muslim, pameran seni khat yang dibawa oleh Sekolah Al-Mashoor lelaki, galeri pameran pengkisahan sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh, pertandingan futsal dan ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz yang ternama seperti Ustaz Akhil Hay, Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Jamnul Azhar Mulkan, Cikgu Azmi Hamid dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Festival ini telah mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta dan tetamu yang hadir. Pengunjung yang berkunjung di booth yang disediakan segelintir daripadanya merupakan pelancong yang berasal dari luar negara. Di booth tulisan khat yang dibuat oleh Sekolah Al-Mashoor lelaki, pengunjung boleh menempah nama dalam bentuk khat tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sementara itu, Masjid Kapitan Keling turut mengadakan festival yang sama di samping aktiviti-aktiviti yang menarik yang diadakan.

Tujuan utama festival ini diadakan ialah untuk mempromosi warisan melayu yang berada di Masjid Melayu Lebuh Acheh di mana suatu ketika dahulu masjid ini menjadi tumpuan utama para pedagang dan jemaah haji.   Diharapkan warisan yang banyak memberi jasa suatu ketika dahulu dapat diingati dari abad ke abad.